Wednesday, September 2, 2009

nak bace...BOLEH....nak percaya.....JANGAN!!!!! (HOROSKOP)

Sewaktu aku masih kecil di peringkat sekolah menengah rendah, horoskop adalah mainan biasa diri saya serta hampir keseluruhan rakan-rakan. Tidak membaca dan tidak memahami horoskop seperti ketinggalan zaman. Sebutan seperti “saya bintang cancer awak bintang apa?” memang menjadi lumrah di kalangan rakan sebaya saya malahan arang dewasa pun amat ghairah dengan horoskop ini.

Horoskop atau pun dikenali juga sebagai astrologi atau ramalan zodiak adalah carta atau diagram yang menunjukkan kedudukan relatif objek langit seperti matahari, bulan, dan planet. Perkataan horoskop berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud "melihat jam". Untuk memperoleh horoskop seseorang, tempat, hari dan tarikh lahir orang itu mesti diketahui. Tarikh itu pula akan jatuh pada salah satu daripada 12 lambang zodiak yang sedia ada iaitu Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio, Sagitarius, Capri­corn, Aquarius, dan Pisces. Menurut ilmu astrologi setiap zodiak itu mempunyai keperibadiannya yang tersendiri dan nasib setiap orang adalah berdasarkan kepada zodiak serta kedudukan matahari, bulan dan planet pada hari itu.

Disebabkan terlalu ramai meminati horoskop ini, media masa seperti surat khabar dan majalah masing-masing berlumba mengemukakan pelbagai ramalan zodiak mengikut hari.Pada hari ini bilangan media massa yang menyajikan pelbagai ramalan horoskop masih tinggi. Hari ini horoskop juga disediakan bagi mereka yang ingin melanggan khidmat pesanan ringkas SMS. Bayar sekian ringgit setiap bulan dan ramalan zodiak akan terus ke handphone anda setiap hari.dah la tu dalam facebook pn byk kuiz yg berdasarkn horoskop...dalam diam, secara tidak lgsg laman2 cmni dpt mnyimpang manusia gak.

Disebalik begitu ramai umat Islam yang begitu ghairah dan meminati ramalan horoskop ini di mesia, apakah sebenarnya hukum membaca dan membenarkan ramalan horoskop ini? Ramalan sebegini membawa kepada syirik dan hukum mempercayainya ialah haram dan berdosa. Telah diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas ra Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya . (hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

so cmne kite nak mengelak dari sebarang syirik padahal benda yg msyirikkn ada di mana2 tanpa sedar???kadg2 kita anggap semua tilikkan juz 4 fun only...tp kte xsedar kadg2 ia sedikit sebanyak dapat mempengaruhi minda kita....sebab,pe yg kita baca n lihat tu akn dterima oleh otak n secara xlgsg otak akn memproses maklumat tersebut dan menghantar ke seluruh anggota tuk btindak...tu yg kadang2 kita rasa tilikan horoskop benar....sebenarnya setiap fakta yg dberikan oleh tilikan tu leh diubah oleh semua org asalkn cuba berusaha tuk mengubah fakta tsebut...sbg contoh:horoskp kata org lahir pd tarikh berkenaan akan kaya dan mula hidup senang pada umur antara 30-34 tahun....sedangkan kita tahu tuhan tu adil...jika kita berusaha,kita akan dapat ganjaran yg setimpal..so myb org tersebut kaya pada umur 20-24 tahun....malas dah nak tulis lg...semua yg berkaitan ramalan boleh mdatgkn syirik...so hati2 k..

P/s:1 je ramaln xsyirik....soalan ramalan peperiksaan....

2 kata-kata:

chipsmore said...

takut dengan mende syirik2x ni....

yenoh said...

tu la
kadg2 kte xsedar..nak wat cmne...ni sume mainan dorg tuk rosakkn kite...